PENGENALAN & KONSEP

PENGENALAN DAN KONSEP



Program Projek Pelancongan Setempat Cheo' Cheo' Le Long Belait adalah anjuran Jabatan Daerah Belait dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Perindustrian & Sumber-Sumber Utama, Agensi - Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan di Daerah Belait serta Majlis - Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Daerah Belait.



Salah Satu tujuan program ini diadakan adalah bagi memberigakan perkembangan dan kemajuan Daerah Belait serta menjadikan daerah ini sebagai salah satu distinasi pelancongan selain menggalakkan masyarakat di daerah ini bergiat dalam bidang perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang boleh membantu menambah pendapatan mereka disamping mempromosi Produk - Produk Perekonomian Majlis - Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di daerah ini dalam berbagai bidang dan mengenbangkan bakat serta kemahiran dalam seni dan kebudayaan warisan masing - masing.



Program yang julung-julung kali diadakan ini merangkumi beberapa aktibiti dan acara - acara setempat dilaksanakan dalam tampoh tertentu khusunya mengisi masa musim cuti persekolahan di Bulan Disember, 2010.



dengan berkonsepkan Pelancongan, diharap projek ini akan dapat menarik minat orang ramai berkunjung ke Daerah ini khususnya masyarakat di Daerah Belait sendiri mahupun masyarakat di Daerah lain serta negara jiran umumnya disamping mempromosikan Daerah ini dalam sektor Pelancongan juga menyokong dan mendokong projek " Kenali Negara Ketani " (KNK) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Perindustrian dan Sumber - Sumber Utama dengan mengadakan berbagai - bagai aktibiti yang bersesuaian dengan suasana dan persekitaran masyarakat di daerah ini selama sebulan.



Daerah Belait sepertimana jua Daerah - Daerah lain di Negara Brunei Darussalam ini, tidak kurangnya mempunyai destinasi Pelancongan yang boleh dikunjungi seperti tempat-tempat riadah termasuklah Wasai - Wasai air Terjun, Rumah -Rumah Panjang, Telaga Air Panas Ingai di Mukim Melilas dan Sebagainya.

Acara Akan Datang Cheo' Cheo' Le Long Belait


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 30 November 2010

JADUAL ACARA-ACARA CCLL BELAIT 2010


JADUAL ACARA-ACARA SEMPENA PROJEK PELANCONGAN SETEMPAT CHEO' CHEO' LE LONG BELAIT, 2010 ( BERKUNJUNG TAH KE KUALA BELAIT )


MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PROJEK PELANCONGAN SETEMPAT CHEO-CHEO LE LONG BELAIT

01 Disember, 2010 (Hari Rabu)
9.30 Pagi
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

PAMERAN DAN JUALAN PRODUK MUKIM DAN KAMPUNG 

03 - 05 Disember, 2010
(Hari Jumaat – Ahad)
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

10 - 12 Disember, 2010
(Hari Jumaat – Ahad)
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

17 - 19 Disember, 2010
(Hari Jumaat – Ahad)
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

24-26 Disember ,2010
(Hari Jumaat – Ahad)
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT PUAK MELAYU BELAIT DAN DUSUN.

04 Disember, 2010 (Hari Sabtu))
8.00 Malam
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

PERTANDINGAN EXPEDISI BASIKALTHON BERTAJA

05 Disember,2010 (Hari Ahad)
7.45 Pagi
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

Pesta Pantai Liang

Pertandingan Bermain Kikik Bergaya
Pertandingan Tarek Kalat Beragam
 (Mukim-Mukim Daerah Belait)

PESTA SUKAN RAKYAT

Berlari diatas tempurong piasau (Jejaka)
Mengupas kulit piasau hingga bersih (Jejaka)
Membuat candas pakai pisau lipat (Jejaka)
Memutong kayu bulat dangan kapak atau gergaji (Jejaka)
Merambat diatas kayu bulat (Jejaka)
Menuhur atap dari daun apung (Jejaka)
Menuhur atap dari daun apung (Wanita)
Membelah / mengukur piasau hingga bersih (Wanita)
Mengirik dan menampi padi hingga bersih (Wanita)
Mengupas pinang hingga bersih (Wanita)
Merambat diatas papan (Wanita)

Pesta Kanak – Kanak Ria
Pesta Budaya Rakyat
Pesta Vespa Ria

MALAM KEBUDAYAAN MASYARAKAT PUAK IBAN BELAIT

17 Disember,2010 (Hari Jumaat)
8.00 Malam
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

MALAM PESTA MUKUN SE- BORNEO

18 Disember, 2010 (Hari Sabtu)
8.00 Malam
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

FESTIVAL BELAIT:-

PERTANDINGAN PERLUMBAAN GOKART
100 cc / 125 cc

Acara-acara lain seperti : - 
Pertandingan Adu Kekuatan (Menarik Kereta,Mengolek Tayar, Mengangkat Batu).
Pertandingan Naik Kayu Licin.
Pertandingan Nerfer Brunerf.

Acara bermula seawal 8 pagi bertempat Kawasan Lapang, Jalan Maulana, Kuala Belait


PESTA MUKUN SE BORNEO

19 Disember, 2010 (Hari Ahad)
7.30 Pagi
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ETNIK JEMPUTAN

25 Disember, 2010 (Hari Sabtu)
8.00 Malam
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait

CABARAN BELAIT

·      Acara Berenang
·      Acara Berbasikal
·      Acara Berlari


26 Disember, 2010 (Hari Ahad)
7.45 Pagi
Kawasan Lapang, Jalan Maulana,
Kuala Belait


PERTANDINGAN TARIK KALAT TERBUKA

26 Disember 2010
1.30 Petang
Kawasaan Lapang Jalan Maulana, Kuala Belait