PENGENALAN & KONSEP

PENGENALAN DAN KONSEP



Program Projek Pelancongan Setempat Cheo' Cheo' Le Long Belait adalah anjuran Jabatan Daerah Belait dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Perindustrian & Sumber-Sumber Utama, Agensi - Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan di Daerah Belait serta Majlis - Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Daerah Belait.



Salah Satu tujuan program ini diadakan adalah bagi memberigakan perkembangan dan kemajuan Daerah Belait serta menjadikan daerah ini sebagai salah satu distinasi pelancongan selain menggalakkan masyarakat di daerah ini bergiat dalam bidang perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang boleh membantu menambah pendapatan mereka disamping mempromosi Produk - Produk Perekonomian Majlis - Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di daerah ini dalam berbagai bidang dan mengenbangkan bakat serta kemahiran dalam seni dan kebudayaan warisan masing - masing.



Program yang julung-julung kali diadakan ini merangkumi beberapa aktibiti dan acara - acara setempat dilaksanakan dalam tampoh tertentu khusunya mengisi masa musim cuti persekolahan di Bulan Disember, 2010.



dengan berkonsepkan Pelancongan, diharap projek ini akan dapat menarik minat orang ramai berkunjung ke Daerah ini khususnya masyarakat di Daerah Belait sendiri mahupun masyarakat di Daerah lain serta negara jiran umumnya disamping mempromosikan Daerah ini dalam sektor Pelancongan juga menyokong dan mendokong projek " Kenali Negara Ketani " (KNK) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Perindustrian dan Sumber - Sumber Utama dengan mengadakan berbagai - bagai aktibiti yang bersesuaian dengan suasana dan persekitaran masyarakat di daerah ini selama sebulan.



Daerah Belait sepertimana jua Daerah - Daerah lain di Negara Brunei Darussalam ini, tidak kurangnya mempunyai destinasi Pelancongan yang boleh dikunjungi seperti tempat-tempat riadah termasuklah Wasai - Wasai air Terjun, Rumah -Rumah Panjang, Telaga Air Panas Ingai di Mukim Melilas dan Sebagainya.

Acara Akan Datang Cheo' Cheo' Le Long Belait


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 20 Disember 2010

PESTA MUKUN SE-BORNEO

Pesta Mukun Se-Borneo bersempena Projek Pelancongan Setempat Cheo' Cheo' Le Long Belait 2010 diadakan di pentas terbuka kawasan lapang X25, Jalan Maulana, Kuala Belait. Sebanyak 11 kumpulan seramai 22 orang peserta antaranya dua kumpulan mewakili Daerah Brunei Muara, dua dari Daerah Temburong, dua dari Daerah Belait, manakala turut dijemput sama ialah sebuah pasukan dari Zone Sarawak, sebuah dari Limbang dan sebuah dari Miri, Malaysia.

Pertandingan Mukun Se-Borneo yang berlangsung pada Sabtu, (malam) 18hb disember 2010

 
Memenangi pertandingan di Pesta Mukun Se-Borneo tersebut ialah peserta dari  Zon Sarawak, Malaysia, Kumpulan Cenderawasih. Di tempat kedua pertandingan Mukun Se-Borneo ialah Kumpulan Dewi Malam daripada Miri. Di tempat ke tiga ialah Kumpulan Seri Manis daripada Daerah Brunei Muara B. 

Siaran Langsung Rancangan Bermukun Harmoni FM bersama Pemenang Pesta Mukun Se-Borneo disiarkan secara langsung melalui Radio Rangkaian Harmoni, Kumpulan Dewi Malam dari Miri menerima gelaran Raja Mukun Se-Borneo. 

Persembahan Mukun Se-Borneo yang berlangsung pada ahad, 19hb disember 2010

 
 
 
 

Keputusan Pertandingan Mukun Se-Borneo 2010:

RAJA MUKUN SE-BORNEO - KUMPULAN DEWI MALAM (Miri, Sarawak)
  1. Zon Sarawak - Cenderawasih [Seri Sarawak]
  2. Miri - Dewi Malam [Irama Joget Bahagia]
  3. Daerah Brunei Muara 'B' - Seri Manis [Mukun Menyubuh]
  4. Daerah Brunei Muara 'A' - Bunga Melor [Irama Seberang]
  5. Daerah Belait 'A' - Sahira Kuala Belait [Mukun Menyubuh]
  6. Daerah Tutong 'A' - Dua Bersaudara [Mukun Menyubuh]
  7. Daerah Temburong 'A' - Temburong Bisai 1 [Mukun Menyubuh]
  8. Daerah Limbang 'A' - Bistari [Lagu Dua]
  9. Daerah Temburong 'B' - Temburong Bisai 2 [ Seri Sarawak]
  10. Daerah Belait 'B' - Pesona Budaya Mukim Liang [Mukun Menyubuh]
  11. Daerah Tutong 'B' - Budaya Lama [Lagu Dua]




FESTIVAL BELAIT

Festival Belait sempena Projek Pelancongan Setempat Cheo' Cheo' Le Long Belait 2010 menarik tumpuan ramai pengunjung ke kawasan Tanah Lapang X25 Jalan Maulana, Kuala Belait. Antara acara yang berlangsung ialah perlumbaan Go-kart yang mengelilingi kawasan persekitaran acara-acara yang berlangsung.


Hadir selaku tetmau kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandigan sempena Festival Belait ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri Dato Paduka Awang Sa'bali bin Abas dan isteri. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Belait Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba dan isteri serta Pengerusi Majlis Awang Morni bin Haji Zakaria, Pegawai-Pegawai dari institusi kerajaan, Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan kampung.


Turut berlangsung pada masa yang sama ialah Pertandingan Adu Kekuatan menolak kenderaan pengangkut, mengangkat besi "dumbell" dan mengangkut batang kelapa disertai oleh para lelaki berbadan sasa untuk meraih kemenangan gelaran "Lelaki Terkuat Belait".

  
Anak-anak belia turut memeriahkan lagi suasana dengan ada nya Pertandingan Permainan 'Nerf' yang menampilkan ramai penyertaan.

 








MALAM KEBUDAYAAN ETNIK IBAN

Majlis Perundingan Kampung Pandan 'B' dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait dan Persatuan Iban Brunei Daerah Belait menganjurkan Malam Kebudayaan Etnik Iban yang berlangsung di pentas Projek Pelancongan Setempat Cheo' Cheo' Le Long Belait 2010.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Snr. Supt. Awang Abdul Azis bin Haji Mohamad, Pegawai Pemerintah Operasi 'B', Daerah Belait. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Belait Awang Matusin bin Orang Kaya Sura haji Tuba serta Pengerusi Majlis Ketua Kampung Pandan 'B', Yang Di-Pertua Persatuan Iban Brunei Daerah Belait selaku pengerusi bersama dan para jemputan.



Antara persembahan yang berlangsung penuh meriah ialah Ngajat solo lelaki dan perempuan, Ngajat berkumpulan lelaki dan perempuan dan Ngajat Sapie perempuan, digandingkan  dengan alunan musik tradisional gulingtangan.












Rabu, 15 Disember 2010

MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG PANDAN ‘C’ KENDALIKAN PAMERAN KERETA, MOTORSIKAL DAN SKOOTER

Majlis Perundingan Kampung Pandan ‘C’ dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait telah mengadakan pameran kereta, motorsikal dan skooter sempena Projek Pelancongan Setempat Cheo'-Cheo' Le' Long Belait (Berkunjung Tah Ke Kuala Belait) yang bertempat di tanah lapang, Jalan Maulana Kuala Belait pada 13hb disember 2010 yang telah menarik minat kira-kira 100 penggemar kereta, motorsikal dan skooter untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Pameran yang berlangsung selama empat jam itu telah menarik minat pengunjung-pengunjung daripada dalam dan luar daerah untuk melihat dengan lebih dekat kenderaan yang telah diubah suai oleh golongan individu.

Selain pameran kereta beberapa pameran seperti motorsikal, skooter, system audio kenderaan serta dari persatuan peminat radio amateur. Pondok-pondok jualan makanan dan pakaian juga diadakan di tempat yang sama. 

















 

Isnin, 13 Disember 2010

PESTA PANTAI SUNGAI LIANG
6 MUHARRAM 1432H BERSAMAAN 12 DISEMBER 2010M.

Dikendalikan Oleh Majlis Perundingan Mukim Sungai Liang.




Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia, Awang Roslan bin Haji Taja'ah,
Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Ucapan Alu-aluan daripada Yang Mulia, Awang haji Abdul Hamid Bin Haij Mumin
Penghulu Mukim Liang
Selalu Pengerusi Bersama Pesta Pantai Sungai Liang
Sempena Projek Pelancongan Setempat Cheo' Cheo' Le Long Belait.


Pelancaran Pesta Pantai Sungai Liang disempurnakan oleh,
Yang Mulia, Awang Roslan Bin Haji Taja'ah
Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Persembahan Gabungan Empat Budaya Majlis Perundingan Mukim Liang.

 Persembahan Dari Puak Iban

Persembahan Dari Masyarakat Tiong Hua. 

 Persembahan Dari Puak Dusun.

Persembahan Tarian Joget Dari Masyarakat Melayu  


Tetamu Kehormat Juga dibawa melawat kebeberapa Pondok Jualan Produk Kampong dan Pertunjukan Vespa Ria.
 




Diantara Pertandingan Sukan yang diadakan
Pertandingan Tarik Kalat Ria dan
Pertandingan Main Kikik Bergaya.