PENGENALAN & KONSEP

PENGENALAN DAN KONSEP



Program Projek Pelancongan Setempat Cheo' Cheo' Le Long Belait adalah anjuran Jabatan Daerah Belait dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Perindustrian & Sumber-Sumber Utama, Agensi - Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan di Daerah Belait serta Majlis - Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Daerah Belait.



Salah Satu tujuan program ini diadakan adalah bagi memberigakan perkembangan dan kemajuan Daerah Belait serta menjadikan daerah ini sebagai salah satu distinasi pelancongan selain menggalakkan masyarakat di daerah ini bergiat dalam bidang perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang boleh membantu menambah pendapatan mereka disamping mempromosi Produk - Produk Perekonomian Majlis - Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di daerah ini dalam berbagai bidang dan mengenbangkan bakat serta kemahiran dalam seni dan kebudayaan warisan masing - masing.



Program yang julung-julung kali diadakan ini merangkumi beberapa aktibiti dan acara - acara setempat dilaksanakan dalam tampoh tertentu khusunya mengisi masa musim cuti persekolahan di Bulan Disember, 2010.



dengan berkonsepkan Pelancongan, diharap projek ini akan dapat menarik minat orang ramai berkunjung ke Daerah ini khususnya masyarakat di Daerah Belait sendiri mahupun masyarakat di Daerah lain serta negara jiran umumnya disamping mempromosikan Daerah ini dalam sektor Pelancongan juga menyokong dan mendokong projek " Kenali Negara Ketani " (KNK) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Perindustrian dan Sumber - Sumber Utama dengan mengadakan berbagai - bagai aktibiti yang bersesuaian dengan suasana dan persekitaran masyarakat di daerah ini selama sebulan.



Daerah Belait sepertimana jua Daerah - Daerah lain di Negara Brunei Darussalam ini, tidak kurangnya mempunyai destinasi Pelancongan yang boleh dikunjungi seperti tempat-tempat riadah termasuklah Wasai - Wasai air Terjun, Rumah -Rumah Panjang, Telaga Air Panas Ingai di Mukim Melilas dan Sebagainya.

Acara Akan Datang Cheo' Cheo' Le Long Belait


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 6 Disember 2010

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT PUAK MELAYU BELAIT DAN PUAK DUSUN

Sabtu, 4hb Disember 2010, Persembahan Kebudayaan Masyarakat Puak Melayu Belait dan Dusun telah memeriahkan lagi suasana pementasan malam di kawasan Lapang, Jalan Maulana yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Sungai Liang dan Kampung Mumong, Kuala Belait. 

Tetamu Kehormat yang dihadiri oleh Yang Mulia, Awang Haji Adinin bin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Awang Haji Ibrahim, Penasihat Majlis Perundingan Kampung Mumong.


Antara persembahan-persembahan dari Puak Dusun seperti Lagu pembukaan Menyambut Lama' Mikot, Persembahan adat perkahwinan dengan diiringi gendang Si Raja Lalu, Persembahan Tamarok gabungan Tamarok Bulan, Tamarok Parai dan Tamarok Buayo, Persembahan Mengalai diiringi petikan kasapi dan Persembahan Tarian Joget Dusun Benari diiringi irama burung nuri daripada Puak Dusun.



Persembahan dari Puak Melayu Belait seperti Persembahan Gendang Parang, Persembahan Alai Sikap dan uji bakat serta hadiah bagi para penonton, Persembahan gabungan Gendang Lambat dan Gendang Belait dan Persembahan Gendang Ibang-ibang.




Persembahan malam itu ditutup dengan nyanyian ramai Muli Jati La Muli daripada gabungan Puak Jati Dusun dan Puak Belait.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan